Tuesday, June 3, 2008

Nukilan, Tulisan Dan Bisikan Isi Hati

Kehidupan satu perjalanan,kematian satu kemestian
Walau apa pun terjadi,aku tetap bersyukur diketemukan dengan dikau walaupun hanya didalam mimpiku
Mengapa kehidupan selalunya sukar dihadapi oleh manusia?
Sedangkan semuanya ada dimata,tunggu untuk dicapai
Mungkin itu menjadi penyebab segala masalah yang dihadapi oleh segelintir manusia,didunia yang dikejar,diakhirat yang ditinggalkan

Percintaan selalunya indah dengan pelbagai perasaan
Kadang-kala surut dan pasang bagaikan laut
Penuhkan kehidupan dengan warna yang indah
Dan bila indah yang hadir didalam hati, hargainya penuh ikhlas kerana bila ia berakhir maka semakin suram menjalani kehidupan
Bahagia hadir didalam hidup manusia setelah mereka menyelami kasih sayang seikhlas hati mengecapinya
Ia hadir bersama manusia yang ikhlas memberi dan berkongsi kasih sayang serta menghargai segala yang dilakukanJika ikhlas dihati,bahagia bersama manusia hingga akhir hayatnya

No comments: